Baja Organik dan Baja Kimia: Apakah Perbezaan Dua Ini?

Facebook
Twitter
LinkedIn

Baja organik dan baja kimia merupakan 2 jenis “supplement” yang membekalkan nutrien penting dan mencukupi kepada tumbuh-tumbuhan. 

Secara sekilas pandang, apakah perbezaan antara kedua-dua jenis baja ini? 

Buat anda yang baru berjinak dalam bidang pertanian, mengenali baja adalah sesuatu perkara yang amat penting. 

Disebabkan itu, kami akan berkongsi serba-sedikit maklumat yang bermanfaat mengenai kedua-dua jenis baja ini; organik dan cecair di dalam artikel ini. 

Teruskan membaca untuk mendapatkan info lanjut.

 

Beza Baja Kimia dan Baja Organik

Sebelum kami meneruskan dengan topik ini, kami akan menerangkan terlebih dahulu maklumat ringkas mengenai kedua-dua jenis baja. 

Info ringkas mengenai baja kimia

baja kimia

Baja kimia, turut dikenali sebagai baja tidak organik atau baja sintetik. 

Ini disebabkan baja ini diperbuat sepenuhnya atau sebahagian bahan-bahan sintetik yang telah dicampur ke dalam tanah untuk mengekalkan pertumbuhan tanaman. 

Info ringkas mengenai baja organik

baja organik

Manakala, baja organik pula boleh difahamkan sebagai bahan yang berasal daripada sisa-sisa organisme semulajadi. 

Meskipun begitu, sisa-sisa tersebut perlu mengandungi nutrien yang penting kepada tanaman. Antara contoh yang dikenali ialah baja tahi ayam dan juga baja kompos.

 

Kandungan Yang Ada Di Dalam Kedua-dua Jenis Baja NPK (nitrogen, phosphorus, potassium)

Tahukah anda bahawa baja kimia mengandungi NPK? 

Ini merujuk kepada kandungan sebatian sintetik yang terdiri daripada nutrien nitrogen, phosphorus, dan potassium.

Berikut merupakan kepentingan ketiga-tiga sebatian di atas iaitu: 

  • Nitrogen 

Ia amat penting daripada peringkat awal percambahan sehingga pembentukan daun. 

  • Fosforus 

Ia baik untuk pertumbuhan akar dan dahan tumbuh-tumbuhan. 

  • Potassium 

Ini sangat diperlukan supaya pembentukan bunga dan buah tumbuh dengan mekar. 

Disebabkan ia diperbuat daripada bahan kandungan sintetik, maka perbezaannya adalah tempoh masa ia berkesan pada tumbuhan. 

Baja kimia yang terdiri daripada sebatian di atas adalah lebih mudah untuk diserap dan larut ke dalam tanah. 

 

Kandungan organik dalam baja organik

Seperti yang dinyatakan di atas, baja organik diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti sisa tanaman dan sisa haiwan.

Disebabkan itu, bahan-bahan ini akan mengambil masa untuk larut sepenuhnya ke dalam tanah. 

Kebiasaannya, bahan-bahan ini akan mengambil masa antara 3 bulan sehingga 8 bulan mengikut tahap kepadatan kandungan mudah lerai.

 

Kelebihan & Kekurangan Kedua-dua Jenis Bajajenis baja

Antara kelebihan baja kimia ialah ia kaya dengan kandungan 3 sebatian nutrien iaitu NPK yang diperlukan oleh tanaman dalam tempoh masa yang singkat. 

Namun, kekurangan baja kimia ini terdiri daripada kandungan asid yang tinggi. 

Disebabkan itu, penggunaannya yang terlalu kerap atau secara berlebihan boleh mengubah kesuburan tanah. 

Bagi baja organik pula. ia bukan sahaja menambah nutrien kepada tanah dan tanaman, malah ia juga membantu untuk: 

  • Membaiki struktur tanah
  • Meningkatkan daya tahan air 
  • Mengurangkan masalah kerak tanah 
  • Kandungan NPK yang rendah

Dari segi kekurangan pula, ia mempunyai keupayaan pelepasan yang perlahan berbanding baja kimia.

Baja Selain Daripada Organik Dan Kimia

Tahukah anda, terdapat baja lain lagi selain daripada baja organik dan baja kimia?

Pada bahagian ini, kami akan kongsikan dua lagi baja yang baru iaitu baja galian (atau mineral) dan baja organik sintetik. 

Jom belajar perkara baharu mengenai baja tanaman! 

Baja Galian/Mineral 

Baja galian adalah baja yang dihasilkan melalui pemecahan batuan. Ia mengandungi nutrien yang penting, contohnya, kalsium, magnesium dan fosforus. 

Bagi kalsium dan magnesium, kedua-dua mineral ini boleh didapati daripada batu kapur manakala fosforus pula datang batu frostat. 

Kebanyakan baja galian mempunyai nutrien tumbuhan yang rendah. Oleh itu, ia akan mengambil masa untuk larut ke dalam tanah sepenuhnya. 

Dan, ia juga memerlukan air yang secukupnya bagi menjayakan proses pelarutan di dalam tanah.

Baja Organik Sintetik

Baja organik sintetik adalah baja yang dihasilkan daripada gabungan gas dan sebatian organik daripada bukan bahan semulajadi. 

Proses penghasilan baja organik sintetik mengandungi pelbagai nutrien, antaranya ialah gas ammonia, hydrogen, dan juga karbon dioksida. 

Antara contoh bagi baja organik sintetik ialah baja urea. Dalam pemprosesan baja urea, gas hydrogen yang terhasil melalui tindak balas air dan gas akan menghasilkan karbon dioksida. 

Namun begitu, gas yang terhasil itu berfungsi untuk menyeimbangkan campuran nitrogen dan hydrogen yang mengandungi kepekatan gas karbon dioksida yang tinggi.

Baja Bakteria

Pernahkah anda terdengar mengenai baja bakteria? 

Buat pengetahuan anda, baja bakteria (atau nama lainnya iaitu Bakteria Fotosintetik, PSB) merujuk kepada pembuatan baja yang berasaskan daripada mikroorganisme yang menyerap tenaga daripada haba tanah. 

Terdapat antara mereka yang menggunakan telur, air tanpa kandungan klorin, sodium glutamate dan beberapa bahan lain bagi menghasilkan baja ini. 

Kelebihan baja ini adalah bagi mengekalkan kesuburan tanah, tinggi protein, dan juga bagus untuk perkembangan akar pokok. 

Jika anda mahukan baja bakteria, anda boleh dapatkan PowerGro daripada kami! Baja ini bebas daripada bahan kimia dan sesuai untuk pelbagai jenis tumbuhan. 

Kesimpulannya, antara perbezaan kedua-dua baja kimia dan organik adalah daripada segi pemprosesan dan kandungan yang ada di dalamnya. 

Jadi, sebagai seorang yang berminat atau baru berjinak dalam dunia pertanian, anda digalakkan untuk mengambil tahu mengenai baja. 

Ini serba-sedikit dapat membantu anda untuk membuat pemilihan baja di samping tahu kuantiti yang cukup bagi tanaman. 

Buat anda yang sedang mencari baja organik, kami mengesyorkan anda untuk dapatkan POWERGRO daripada Teknoganik! 

Apa yang menarik tentang baja POWERGRO ini? 

Baja ini bebas daripada kandungan kimia dan juga sisa haiwan. Jadi, anda tidak perlu risau bau yang kurang senang daripada baja ini. 

Yang lagi best-nya, baja ini boleh digunakan kepada semua jenis tanaman. Rumah anda mempunyai pokok bunga atau tanaman sayuran? 

Ataupun, anda sedang mengusahakan tanaman pokok durian atau padi? 

Dengan penggunaan baja POWERGRO, ia membekalkan pelbagai kebaikan seperti: 

  • Menggalakkan pertunasan tanaman. 
  • Menggalakkan tumbuhnya bunga dan buah.
  • Menstabilkan struktur tanah dan pH-nya.
  • Membantu meningkatkan ketahanan tanaman daripada kerosakan/penyakit.

Dalam pada itu, anda boleh lihat perubahan yang positif pada tanaman seawal 2 minggu.

Dengan penyemburan seminggu sekali, baja ini semestinya menjimatkan, dari segi kewangan dan tahan lama.

Anda berminat nak gunakan baja POWERGRO? 

Kalau ya, klik pautan di bawah ini untuk dapat baja organik terbaik di Malaysia! 

Dapatkan Baja POWERGRO Sekarang!