Baja Terbaik Untuk Sawit Supaya Berbuah Lebat Dan Berganda

Facebook
Twitter
LinkedIn

Jika anda seorang petani yang ingin mencari baja terbaik untuk sawit, anda berada pada laman artikel yang betul! 

Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan baja organik lokal iaitu baja PowerGRO yang berkualiti, harga mampu milik, dan telah membantu ramai petani yang ingin mencari baja terbaik untuk sawit supaya hasil tanaman yang lebat dan berbunga mekar.

Tetapi, sebelum kami terus “melompat” pada baja PowerGRO, kami akan menerangkan serba sedikit mengenai tanaman sawit, cara penanaman dan penjagaannya. 

Kedua-dua perkara ini amat penting, lebih-lebih jika anda baru menceburi dunia tanaman sawit. 

Jangan pandang enteng ya! Setiap tanaman ada cara penjagaan yang berbeza. 

Jadi, jom baca artikel ini sampai habis! 

Info Ringkas Tanaman Sawit

 

baja terbaik untuk sawit

Sawit merupakan salah satu tanaman pertanian yang amat penting; baik daripada segi manfaat mahupun sebagai penyumbang ekonomi negara kita. 

Disebabkan itu, jika anda ingin atau masih mentah dalam dunia tanaman sawit, anda perlu ambil tahu mengenainya. 

Dengan berbekalkan ilmu yang betul, sudah pasti anda akan mahir selok-belok tentang sawit!

Ilmu penting mengenai sawit

 

Pokok sawit mempunyai ciri-ciri seperti “komponen” utama, sifat pembiakan, buah, keperluan dan juga jenis klon. 

Kami akan jelaskan secara ringkas di bawah ini:

 

  • “Komponen” utama sawit 

Sawit merupakan sejenis tanaman monokotiledon (monocotyledon) yang bermaksud satu kotiledon (daun benih). Fungsi kotiledon adalah seperti berikut: 

  • Sebagai sumber nutrien yang amat penting bagi pertumbuhan tanaman melalui cara fotosintesis. 
  • Penting bagi pertumbuhan akar agar tanaman itu menerima nutrien dan sumber air yang mencukupi. 

Dalam pada itu, kotiledon juga bantu untuk pertumbuhan daun yang dapat membekalkan “tenaga” pada pembentukan stem, cabang, dan bahagian tumbuhan yang lain. 

Selain fungsi yang dinyatakan di atas, tanaman kotiledon seperti sawit dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri fizikalnya seperti: 

  • Mempunyai sistem akar yang serabut.
  • Batang pokok yang tidak berdahan.
  • Mempunyai pelepah atau rupa dedaun yang berurat selari. 
  • Tanaman sawit akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 35 hingga 50 pelepah dalam setahun.

 

  • Sifat pembiakan

Buat pengetahuan anda, tanaman sawit ini bersifat sejantina, yang bermaksud pertumbuhan bunga jantan dan betina pada satu pokok yang sama. 

Kami turut menyediakan ciri-ciri yang terdapat pada bunga jantan dan betina seperti di bawah ini: 

  • Bunga jantan 
  • Mempunyai rupa seperti jejari yang berwarna kuning keputihan. 
  • Mengorak dari pangkal ke hujung bagi setiap spikelet.
  • Bunga betina 
  • Mempunyai rupa yang kudup.
  • Pada mulanya ia berwarna putih kekuningan. Namun, selepas ia mengorak, warnanya akan berubah menjadi coklat merah jambu. 

 

  • Buah 

buah sawit

Buah bagi tanaman sawit akan masak selepas proses pendebungaan, antara 5 hingga 6 bulan. 

Seperti yang kita tahu, sawit ini membekalkan minyak sebagai salah satu sumber ekonomi negara. 

Jadi, setiap bahagian dalam buahnya (esokarpa, mesokarpa, dan endokarpa) menghasilkan sifat minyak yang berbeza.

 

  • Keperluan bagi tanaman sawit

Tanaman sawit sesuai ditanam pada kawasan yang mempunyai taburan hujan sebanyak 2000mm atau lebih dalam setahun. 

Selain itu, suhu yang sesuai bagi tanaman ni adalah antara 29 hingga 30 darjah Celcius. 

Ia juga perlu menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya 5 jam sehari selama tempoh setahun.

 

  • Klon sawit

Tanaman sawit mempunyai 3 jenis klon iaitu Tenera, Dura dan Pisifera. Tenera ialah klon yang dihasilkan daripada Dura dan Pisifera.

 

  • Dura
  • Mempunyai tempurung di sekeliling buah yang tebal. 
  • Tidak mempunyai “gelang” di keliling biji.
  • Nisbah bagi bahagian mesokarpa (bahagian tengah pada buah) adalah rendah; 35-50 peratus sahaja.
  • Kebiasaannya, klon Dura akan digunakan sebagai induk betina.

 

  • Pisifera
  • Tidak mempunyai tempurung.
  • Mempunyai “gelang” di keliling biji. 
  • Nisbah bagi bahagian mesokarpa (bahagian tengah pada buah) adalah lebih tinggi. 
  • Kebiasaannya, klon Pisifera akan digunakan sebagai induk jantan.

 

Cara Penanaman Tanaman Sawit

 

Sebelum anda ingin menanam sawit, anda perlu membuat bancian jumlah pokok sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum aktiviti penanaman dilakukan. 

Ini bertujuan untuk mengetahui jumlah pokok yang diperlukan bagi sesuatu kawasan. 

Selain itu, ia juga membantu untuk memudahkan penghantaran anak benih (sekurang-kurangnya yang sudah berumur 11 bulan) yang diambil dari tapak semaian. 

Sepanjang tempoh 2 minggu tersebut, anda perlu menyediakan lubang tanaman yang seeloknya lebih daripada ukuran polibeg. 

Contohnya, kedalaman lubang perlulah lebih 10cm daripada ukuran polibeg agar pokok tidak tumbang apabila ditiup angin kencang.

Bagi cara penanaman sawit pula, anda perlu memasukkan anak benih sawit ke dalam lubang dalam keadaan menegak. 

Setelah buku pangkal pokok sudah tertanam, tanah di sekelilingnya perlulah dipadatkan.

 

Cara Penjagaan Tanaman Sawit

 

  • Aktiviti pembajaan

Sebelum anda menabur baja, pastikan jumlah baja pada setiap pokok sudah ditentukan. Ini bantu untuk elak daripada masalah kekurangan atau terlebih nutrien.

Bagi pokok muda (yang berumur 1 hingga 3 tahun), anda perlu menabur baja di sekeliling anak pokok (anggaran 15cm daripada pangkal pokok). 

Ini bertujuan untuk memastikan anak pokok menerima nutrien yang secukupnya daripada baja tersebut. 

Manakala, bagi pokok muda (kurang dari 6 tahun), anda tidak boleh menabur baja pada pangkal pokok. Sebaliknya, anda perlu tabur baja di sekeliling pokok. 

Sekiranya tanaman sawit anda berumur lebih dari 6 tahun, anda boleh menabur baja pada timbunan pelepah daun pada sawit itu.

 

  • Kawalan rumpai

Aktiviti merumpai ini amat penting dan kebiasaannya dilakukan di sekeliling tanaman sawit bagi memastikan ia bebas daripada sebarang jangkitan penyakit.

Kawalan rumpai memerlukan cangkul dan anda perlu elakkan penggunaan racun kimia. 

Sekiranya anda perlu menggunakan racun kimia, pastikan anda memasang corong berbentuk kon agar tidak terkena pada daun.

 

  • Pemangkasan

 

pemangkasan

Pemangkasan akan dilakukan mengikut keadaan tanaman sawit itu contohnya pemangkasan ketika menuai, tahunan, dan pelepah pokok yang matang adalah berbeza. 

Tujuan pemangkasan dilakukan adalah untuk memudahkan kerja-kerja merumput, membaja, dan memungut buah lerai. 

  • Pemangkasan ketika menuai 

Pada waktu ini, anda perlu memotong pelepah dan tandan masak dan mesti dilakukan setiap tanaman sawit dituai.

  • Pemangkasan tahunan

Anda perlu memangkas pelepah yang sudah tua dan kering selepas proses menuai. Tetapi, untuk ini, tidak semua pokok sawit perlu dipangkas. 

  • Pemangkasan pelepah pokok yang matang 

Bagi pokok sawit yang sudah lebih dari 10 tahun, anda perlu memangkas dengan meninggalkan satu pelepah di bawah tandan.

 

  • Kawalan penyakit

Berikut merupakan antara penyakit yang sering terjadi pada pokok sawit: 

  • Daun dan pucuk mula mereput dan berbau busuk. 
  • Pertumbuhan kulat yang menyebabkan tandan jadi reput. Kebiasaannya ia berlaku ketika musim hujan. 
  • Reput pada pangkal batang yang menyebabkan pucuk tidak kembang dan layu.

Selain daripada senarai penyakit di atas, anda juga ambil tahu serangan serangga perosak, antaranya: 

  • Anai-anai yang menyerang pokok (tidak kira usia tanaman sawit itu) dan menyebabkan kerosakan pada akar hingga ke pucuk. 
  • Ulat bungkus yang memakan daun. 
  • Ulat tandan yang memakan bunga dan tandan buah. 
  • Kumbang badak yang menyerang pokok (tidak kira usia tanaman sawit itu) pada bahagian pangkal pelepah muda hingga ke umbut.

Penuaian Tanaman Sawit

 

penuaian tanaman sawit

Proses penuaian ini merujuk kepada memetik buah sawit yang sudah masuk untuk mendapatkan minyak yang berkualiti tinggi. 

Minyak yang berkualiti perlulah mengandungi kandungan Free Fatty Acid yang rendah. 

Apa yang menyebabkan kualiti minyak sawit terjejas? Ini sebabnya: 

  • Buah yang dituai terlebih masak. 
  • Buah yang masih belum masak tetapi sudah dituai terlebih dahulu. 
  • Buah yang mempunyai luka atau cacat. 
  • Tandan buah yang disimpan melebihi 24 jam sebelum ia diproses. 
  • Buah yang bercampur dengan debu ketika mengumpulnya. 

Jadi, berikut merupakan info ringkas, cara penanaman dan penjagaan bagi tanaman sawit. 

Ia memerlukan pemerhatian yang rapi; mengenai cara penanaman, penjagaan, dan penyakit, agar kualitinya tidak rosak.

 

Baja Terbaik Untuk Sawit

 

Salah satu cara penjagaannya termasuklah aktiviti pembajaan. Jika anda mengalami masalah seperti:

  • Hasil sawit yang kurang daripada 1 tan 
  • Keadaan pokok yang tidak sihat seperti daun berwarna coklat
  • Biji buah sawit yang kecil 
  • Hasil tandan yang ringan dan jarang

Sudah pasti sebagai seorang petani sawit, anda tidak mahu masalah di atas berlanjutan, betul? 

Jadi, inilah masanya anda dapatkan baja bakteria PowerGRO.

 

baja terbaik untuk sawit

Dengan penggunaan baja PowerGRO, ia membantu untuk: 

  • Menambahbaik komposisi tanah. Baja PowerGRO mempunyai teknologi mikrob yang dapat menstabilkan komposisi tanah agar sawit anda dapat tumbuh dengan sihat.
  • Meningkatkan serapan baja agar sawit anda dapat menghasilkan buah yang berkualiti dan lebat. 
  • Meningkatkan hasil sawit sehingga 3 kali ganda. 
  • Meningkatkan imuniti pokok sawit daripada sebarang penyakit. 
  • Menggalakkan pertumbuhan akar baru dan lebih berkualiti. 
  • Bunga pada sawit tidak mudah gugur.

Jadi, tunggu apa lagi? 

Segera dapatkan baja PowerGRO iaitu baja terbaik untuk sawit yang lebat dan berganda.

Anda hanya perlu klik pada pautan di bawah ini.