Jenis Baja Untuk Tanaman Sayuran Menjadi Lebih Segar, Gemuk dan Besar!

Facebook
Twitter
LinkedIn

Hanya yang telah menjadikan berkebun dan bercucuk tanam sebagai hobi sahaja akan tahu ketagihan untuk melihat tanaman sihat dan segar menggunakan jenis baja yang sesuai serta hendak menambah pelbagai jenis tumbuhan yang lain.

Mungkin anda salah seorang yang menjadikan menanam ini aktiviti sebagai hobi. Namun perasaan akan berubah apabila melihat tanaman yang ditanam hidup mekar dan subur.

Apatah lagi jika tumbuhan yang ditanam sudah boleh dipetik dan dimakan, lagi perasaan seronok itu lain macam.

Selain dari meluangkan masa lapang, aktiviti berkebun dan bercucuk tanam ni mampu memberi ketenangan dan antara terapi paling berkesan untuk mengurangkan tekanan setelah seharian bekerja.

Rahsia Tanaman Subur

Baja AB

Salah satu jenis baja yang ramai sudah gunakan untuk menyuburkan tanaman adalah baja AB. 

Baja AB adalah baja jenis cecair yang telah dirumuskan lengkap untuk menyuburkan pokok serta memberikan pulangan hasil yang berkualiti. 

Selain itu, baja AB ini juga boleh digunakan untuk menanam sayuran yang ditanam diatas tanah, dalam pasu atau di dalam polibeg. Ianya juga sesuai digunakan untuk tanaman sayuran secara hydroponik dan fertigasi.

baja AB

Cara untuk menggunakannya pun sangat mudah, cuma campurkan sahaja baja AB ini ke dalam sukatan air yang telah ditetapkan di label botol dan boleh terus disiram ke tanaman seperti kita menyiram pokok macam biasa.

Tambahan pula, baja AB juga boleh digunakan secara semburan terus ke daun dan batang tanaman. Untuk mendapatkan baja AB ini banyak dijual dan boleh didapati di platform Shopee dan kedai-kedai nurseri.

Baja Chitosan 

baja chitosan

Baja ini merupakan sejenis bahan biopolymer semulajadi diperbuat dari kulit ketam, udang dan kerang yang mengandungi keajaiban untuk semua jenis tanaman.

Chitosan ini bukan bahan toksik atau bahan kimia, namun sebaliknya bahan terbaik kepada petani untuk menyuburkan tanah dan tanaman.

5 Kaedah Bagaimana Baja Chitosan Bertindak:

  1. Menjadi perangsang pembesaran tumbuhan untuk tanaman, serta menyerap nutrien dan baja dengan semula jadi. Baja ini juga mampu meningkatkan daya tahan atau imuniti tanaman itu sendiri. Kesannya akan dilihat dalam 10 hari atau penggunaan untuk kali kedua.
  2. Membantu proses pembajaan tanah dengan cara membantu mikrob menguraikan nutrisi bukan organik kepada bentuk organik. Ianya juga dapat membantu membaiki keberkesanan sistem akar untuk lebih cekap menyerap zat makanan dalam tanah.
  3. Menjadi anti fungal untuk menghalang serangan kulat dan membentuk kompoun fenolic yang menghalang sebarang pathogen kulat.
  4. Bertindak sebagai bio pesticide apabila di diletakkan pada tanah supaya membantu untuk membentuk persekitaran yang sesuai untuk mengaktifkan pemakan chitin dimana ia mampu untuk menghapuskan kulat.
  5. Menjadi unsur bahan preservative lapisan membrane dimana dapat mengawal buah-buahan daripada menjadi kuning atau coklat. Ini dapat membantu buah-buahan akan terjamin kualititnya.

Cara untuk menggunakan baja ini adalah dengan mengikut jenis tanaman yang ditanam dan beberapa faktor yang lain.

  1. Biji Benih:  20 – 40 ml baja dan 20 liter air kosong dan dikacau sehingga sebati. Biji benih pula perlu direndam sekurang-kurangnya 30 minit sebelum ditanam. Biji benih tersebut akan mudah meresap baja.
  2. Sayuran : 20 – 40 ml dan 20 liter air kosong dan perlu disembutkan dengan kekerapan setiap 5 ke 7 hari sekali pada daun tanaman.
  3. Bunga & Buah – buahan : sama seperti sayuran. Elakkan menyiram secara berlebihan dan jika hujan elakkan penyemburan baja kerana akan merugikan.

Baja Foliar

Sejenis baja yang larut dalam air kosong dan disembur ke anak pokok dalam bentuk cecair. Berbeza dengan baja jenis butir yang sering digunakan oleh pengusaha kebun sayur.

Apabila semburan dilakukan, baja tersebut akan terus meresap dan memasuki daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata. Kadar keberkesanan baja foliar ini adalah tinggi berbanding baja biasa kerana sentuhan fizikal baja ke sel tumbuhan berlaku sepenuhnya.

Terdapat 2 jenis baja foliar iaitu baja foliar organik dan baja foliar bukan organik.

Baja Foliar Organik

Baja yang telah dicampurkan bahan nutrient dari sumber larutan dan diformulasikan dalam bentuk mudah serap oleh tumbuhan.

Baja Foliar Bukan Organik

Campuran unsur nitrogen, boron, kalsium, ferum dan potassium yang disediakan oleh pihak pengeluar baja dalam bentuk cecair kepekatan tinggi dan supaya mudah diserap oleh akar dan daun anak pokok.

Secara umumnya kesan utama penggunaan baja foliar adalah untuk meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan. Kadar serapan nutrient pada anak pokok juga akan cepat dan tinggi.

Tambahan pula, ianya boleh memberi penyelesaian kepada masalah kekurangan zat nutrient seperti kekurangan kalsium, potassium dan ferum yang cenderung kepada pokok layu, kekuningan dan boleh mati.

Dibawah ini merupakan cadangan yang sesuai untuk menggunakan baja foliar dengan betul supaya memberi kesan yang baik kepada hasil tanaman.

  1. Mengikut sukatan baja foliar yang telah dicadangkan oleh pihak pengeluar kerana kepekatan baja yang dibekalkan adalah tinggi.
  2. Campuran ideal 30ml baja foliar adalah Bersama 20 liter air kosong
  3. Jangan gunakan baja foliar tanpa dicairkan kerana akan menyebabkan kelecuran kepada tanaman
  4. Gunakan pam semburan untuk disembur bahagian bawah daun dan patang pokok pada awal pagi kerana ini waktu terbaik stomata terbuka luas dan kadar penyerapan nutrien yang tinggi.

semburan racun

Kesimpulannya, sebelum membuat suatu perkara, kaji dahulu apa yang terbaik untuk perbuatan kita seterusnya. Sama juga untuk bercucuk tanam ini. Belajar dahulu baja dan tanah apa yang sesuai untuk tanaman yang bakal kita tanam.

Semoga anda semua dapat ilmu yang bermanfaat!

Kepada anda yang diluar sana yang sedang menjadi baja yang berkualiti, tidak merosakkan struktur tanah, anda boleh dapatkan baja PowerGRO.

baja powergro

Apa yang bagusnya tentang baja PowerGRO ini?

Ia membantu untuk: 

  • Menggalakkan pertunasan tanaman. 
  • Menggalakkan tumbuhnya bunga dan buah.
  • Menstabilkan struktur tanah dan pH-nya.
  • Membantu meningkatkan ketahanan tanaman daripada kerosakan/penyakit.

Jadi, tunggu apa lagi? 

Jom dapatkan baja PowerGRO sekarang!