Kerjasama Team PowerGRO dan FGV

Facebook
Twitter
LinkedIn

Perbincangan dan Kerjasama Team PowerGRO dan FGV

Pada bulan Oktober 2022 yang lepas,team PowerGRO telah berkesempatan membuat taklimat dan penerangan mengenai baja PowerGRO. Taklimat ini diadakan di pejabat Felda Global Ventures atau juga lebih dikenali sebagai FGV.

 FGV adalah sebuah syarikat global perniagaan agri dan makanan di Malaysia. Pihak kami telah dijemput oleh FGV untuk menerangkan kebaikan dan kelebihan baja PowerGRO yang berunsurkan bahan organik. Baja PowerGRO juga bebas daripada sisa haiwan yang seringkali digunakan dalam menghasilkan baja.

Team kami berpeluang untuk menerangkan kelebihan baja PowerGRO terutamanya dalam tanaman pokok sawit. Dengan mengemukakan testimoni-testimoni pelanggan kami yang telah berjaya dalam meningkatkan hasil tanaman. Kami juga mengadakan perbincangan dan menukar pendapat dalam cara-cara untuk menjimatkan kos pembajaan dengan menggunakan baja PowerGRO. Baja PowerGRO adalah baja yang sesuai untuk digunakan untuk tanaman durian kerana baja ini mengandungi nutrien dan teknologi micro-organism dari hasil organik seperti buah-buahan dan hasil laut untuk membantu membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada pokok.. Baja ini juga bebas dari sebarang kotoran haiwan. Nutrien yang terdapat di dalam baja PowerGRO berkesan digunakan di setiap tanaman. Selain itu, baja ini juga mempunyai kepekatan yang tinggi. Dan menjadikan ia semakin jimat di setiap penggunaan dan dapat membantu mengurangkan kos pembajaan dalam peringkat komersial mahupun kecil-kecilan.

Pihak FGV juga bersetuju akan bekerjasama dengan team PowerGRO dalam masa yang akan datang. Dan mencadangkan dengan percubaan test plot.Kerjasama ini akan memfokuskan hasil dan perkembangan tanaman apabila menggunakan baja organik PowerGRO. Baja Powergro juga dapat membantu membaiki komposisi biologi tanah selain dapat menggandakan kadar serapan baja untuk setiap pokok dan membantu pokok dalam meningkatkan daya tahan dan imunisasi tanaman, ianya juga berhasil dalam membantu tanaman dalam memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah dan membantu bunga untuk tidak gugur serta kekal menjadi buah yang bermutu tinggi.

Turut diakui oleh pihak mereka bahawa mereka merasa bangga dengan pencapaian team PowerGRO. Terutamanya dengan penghasilan baja buatan anak Melayu dan dari generasi kelahiran Felda.