Lawatan Ke Kebun Cili Jitra, Kedah

Facebook
Twitter
LinkedIn

Lawatan Ke Kebun Encik Sharif Di Jitra, Kedah – Team Baja PowerGro

 

Team kami telah mengadakan lawatan ke kebun Encik Sharif iaitu pengguna baja PowerGro yang mengusahakan tanaman cili. Tempat yang diusahakan tanaman cili ini terletak di Daerah Jitra, Kedah.Pada sebelum ni Encik Sharif telah menggunakan pelbagai baja namun tanamannya sering kali tidak menjadi dan beliau juga mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang pertanian.Namun setelah menggunakan baja PowerGro hasil kebunnya telah meningkat berkali ganda!

Tujuan lawatan oleh team kami di PowerGro adalah untuk memantau proses dan penambahbaikan cara membaja dan menjaga tanaman pokok cili.Kami juga dapat mengatasi masalah cili kerinting dengan menggunakan baja PowerGro. Hasil buah cili beliau perolehi juga menjadi lebih berat dan besar,

Pokok cili adalah merupakan tanaman yang perlu di tanam dalam keadaan cuaca panas untuk pembesaran yang cepat dan apabila hujan adalah sedikit perlahan. Keadaan cuaca ini juga mempengaruhi baja PowerGro untuk menghasilkan daun hijau sekata dan pokok yang lebih subur,

Baja PowerGro juga dapat membantu Encik Sharif untuk mengatasi masalah serangga perosak yang seringkali menyerang tanamannya. Dengan penggunaan baja PowerGro, beliau juga dapat menjimatkan kos racun serangga yang harga nya agak menelan belanja dan sesetengahnya juga mengandungi kimia.

Pokok cili mempunyai sistem pengakaran jenis yang dalam ke tanah,  dan tidak tahan kepada kemarau dan banjir atau hujan yang berpanjangan.

Pengairan overhead juga harus dielakkan kerana buah-buahan dan daun basah mendorong jangkitan penyakit kepada pokok. Sekiranya pengairan overhead mesti digunakan juga, siraman perlu dilakukan pada awal hari untuk memastikan daun kering sebelum malam. Cili secara amnya akan cepat layu dan mati jika ia berada di dalam air selama lebih dari 48 jam.

Pengunaan baja yang sesuai turut digalakkan bagi mendapatkan hasil yang lebih lumayan. Pengguna baja PowerGro ini telah terbukti dalam menghasilkan tanaman yang lebat dan bermutu tinggi.

PowerGro adalah baja organik yang bersifat cecair yang mampu memberi nutrien dan zat yang diperlukan oleh tanaman cili yang harus diberi pemantauan rapi. Selain daripada itu juga, serangan dari serangga perosak juga dapat memberi impak negatif kepada tumbesaran pokok cili.

Oleh itu, gunakan baja yang telah terbukti seperti baja PowerGro dalam membantu meningkatkan hasil tanaman yang lumayan seperti pengguna kami di Jitra yang menggunakan baja PowerGro. Encik Sharif berhasrat untuk terus menggunakan baja PowerGro sebagai baja utama tanaman cili beliau.

Hubungi Kami Segera !