Mengenai Projek
Projek tanaman durian ini bertempat di daerah Lendu, berhampiran dengan Kampung Ayer Paabas, Melaka. Projek ini bermula pada tahun 2020 iaitu pada bulan Januari. Mempunyai variasi tanaman durian seperti Musang King, IOI, Duri Hitam dan lain-lain. Tanaman ini ditanam pada tanah yang berbukit, dan beriklim sejuk, sesuai untuk tanaman pokok yang tinggi. Ianya juga untuk mendapatkan bekalan cahaya matahari yang mencukupi. Projek ini mementingkan garis panduan yang berkesan untuk mengekalkan kesuburan dan ketahanan pokok, dengan mengikuti langkah-langkah yang kami sediakan, akan menjadikan projek tanaman ini berjaya dengan sistem pengurusan yang betul. Di samping itu juga, pengunaan baja dan racun yang sesuai juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan pokok dan kesuburan tanah untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Cabaran & Solusi
Cabaran
Cabaran yang kami hadapi ketika menjayakan projek tanaman durian seperti;
- Serangan Serangga
- Keadaan Tanah
- Haiwan Liar
Solusi
Langkah kami mengatasi masalah yang kerap berlaku di kawasan penanaman durian di Lendu.
- Penggunaan Racun Serangga
- Tanah Bersistem- Lereng Bukit dan Busut
- Pagar Elektrik Voltan Tinggi