Projek tanaman pokok jenis Sacha Inchi di Negeri Sembilan
Mengenai Projek
Projek tanaman Sacha Inchi ini bertempat di Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka. Bermula pada Januari 2022, dengan kerjasama dari pihak Universiti Kolej Agrosains Malaysia. Sacha Inchi atau nama saintikfik nya ialah “plukenetia volubilis”, berasal dari Amerika yang terletak di hutan Amazon di Peru. Projek ini bertujuan dalam membuat penyelidikan terperinci pada tanaman Sacha Inchi, membuat garis panduan dalam aspek penjagaan pokok Sacha Inchi dan juga rawatan pada tanah. Projek ini menggunakan lebah kelulut dalam teknik untuk kaedah pendebungaan.
Cabaran & Solusi
Terdapat pelbagai cabaran dalam menjayakan projek tanaman Sacha Inchi ini dan kami dan pihak UCAM berusaha dalam mencari solusi dalam menghasilkan garis panduan yang terbaik dalam penanaman Sacha Inchi ini.
Cabaran
Di antara cabaran yang sering kami hadapi ketika dalam menjayakan projek ini ialah
Serangga- Kutu Daun, Lalat Kacang
Keadaan tanah yang cerun dan beralun
Haiwan Liar- Monyet, Babi Hutan
Solusi
Langkah kami mengatasi masalah yang kerap berlaku di kawasan penanaman Sancha Inchi.
Penggunaan Racun Foliar
Tanah Rata- untuk sistem pengaliran air yang sempurna